Monday, April 18, 2011

10 BANGUNAN PALING MENAKJUBKAN DI DUNIA

Arkitek Cecil Balmond mengkategorikan sepuluh bangunan menjadi bangunan pembinaan paling menakjubkan sepanjang masa.

1. Jambatan Millau
Jambatan Millau ini dikenali sebagai “Jambatan Tertinggi di Dunia”. Dengan ketinggian tiang konkrit hingga 800 kaki, jembatan ini seolah - olah dibangunkan di atas awan dan melintasi lembah sungai Tarn, Perancis selatan. Menurut Balmond, jambatan yang lebih tinggi dari Menara Eiffel ini memiliki reka bentuk yang berani dan memerlukan teknik pengiraan tersendiri kerana berisiko tinggi.



2. Kubah Brunelleschi
Brunelleschi’s Dome di Itali ini dibangun pada abad 15, secara tepatnya antara 1420-1436 Masihi. Kubah katedral Florence ini memiliki ketinggian lebih dari 140 kaki dengan pembinaan tanpa kerangka yang menyokongnya. Arkiteknya Filippo Brunelleschi telah menemui cara yang baru mengenai pembahagian beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.



3. Hagia Sophia
Hagia Sophia di Istanbul, Turki adalah tempat ibadah terbesar selama seribu tahun. Pembangunan kubah pada Hagia Sophia ini merupakan penemuan konsep permindahan beban secara tidak langsung.



4. Delta Belanda
Banjir yang mengorbankan 1.800 orang di Belanda pada 1953 nampaknya memberi pegajaran berharga bagi negera kincir angin itu. Pemerintah negara tersebut telah memutuskan untuk menyekat bahagian muara tertentu yang mengarah ke Antwerp dan Rotterdam.



5. Piramida Khufu
Selama hampir 4.000 tahun, Piramid Khufu adalah bangunan tertinggi di dunia sehinggala Cathedral Lincoln dibangunkan pada sekitar tahun 1300 Masehi.



6. Bazalgette
Bazalgette di London dibangun oleh Sir Joseph Bazalgette pada 1850. Sebagai ketua engineer dari Dewan Metropolitan London, dia membangunkan saluran pembuangan air utama sepanjang 83 batu, 1.100 batu Saluran longkang dan 13.000 batu untuk saluran pembuangan air yang lebih kecil. Uniknya, semua saluran pembuangan itu dibuat di bawah tanah.



7. Colosseum
Colosseum yang dibangun di Roma memiliki empat lantai diatas tanah dan tiga di bawah tanah. Semuanya membentuk lengkungan yang tertumpu satu sama lain dan mampu menampung hingga 50 ribu pengunjung.



8. Terowongan Channel
Secara asasnya ingin menghubungkan dua negara. Ini merupakan idea yang luar biasa dengan membuat rel dengan sepanjang 67 batu dan dapat dilalui dengan kereta berkepantasan tinggi. Terowong ini menghubungkan selatan London dan Kent – Taman Inggris, Denmark ke Sweden, dan Macao ke Cina.



9. Terusan Panama
Terusan Panama sepanjang 48 batu atau 82 kilometer ini dibangun pada 1904-1914. Kanal yang menghubungkan Atlantik dan Pasifik ini membuat tempoh waktu perjalanan kapal laut lebih cepat kerana tidak perlu memusing di hujung selatan Amerika Selatan.



10. Burj Khalifa
Khalifa Burj adalah sebuah bangunan di Dubai dengan ketinggian 2.700 kaki. Bangunan ini memiliki sebuah teras yang menjadi pusat dan menampong seluruh bahagian gedung. Pembangunan gedung tersebut mengira kesan primer dan kesan sekunder. kesan primer seperti berat atau bahan-bahan dan angin, sementara kesan sekunder meliputi perubahan suhu, kelembaban, dan bawah beban


No comments:

Post a Comment