Sunday, May 8, 2011

Gambar Pekerja Di Lombong Garam

aku nak kongsikan gambar2 pekerja yang bekerja di lombong garam.... ada yang menyedihkan ....Negara mana aku taktahu tapi tengok keadaan ciri fizikal dan gaya hidup mungkin di India..... mungkin ada yg dah sharekan ia tapi saja nak penuhkan entry ni....... ok



















Friday, April 29, 2011

GaMbAr Kuala Lumpur DuLu DuLu

Salam....hari ni aku nak kongsikan hanya sebahagian gambar Kuala Lumpur dulu2. Mungkin ada yang pernah pos benda ni....tapi nak jadikan kenangan dan koleksi peribadi... sukar nak perolehinya mungkin hanya terdapat di Muzium Negara atau Arkib Negara.... Bila dilihat pada gambar - gambar ini tidak menyangka kawasan - kawasan ni kita pernah lawati atau kunjungi pada masa sekarang dan sesetengah kawasan ini gak masih wujud dan menjadi kawasan bersejarah....






















Wednesday, April 27, 2011

Gambar lama MAKKAH

Hari ni aku nak kongsikan bersama gambar - gambar lama Makkah tak tahu gambar tahun bila... Berbeza dengan Makkah sekarang.... Kt to sakura something dalm syok.org kerana kongsikan gambar ini....




















Tuesday, April 26, 2011

Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam

Sering kali terfikir apakah rahsia ilmuan islam yang memiliki daya permikiran yang baik. Dan salah satu faktor mengapa para ilmuan islam mempunyai daya pemikiran yang baik adalah dari faktor permakanan mereka. Sini aku kongsikan Rahsia Pemakanan Ilmuan Islam.....

Madu




Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia 'Shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu juga didapati berkesan untuk merawat penyakitden menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, merancang, membaca dan bermesyuarat.



Kismis




Mengandungi zat besi yang amat diperlukan bagi membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mengcukupi untuk disalurkan kedalam otak. Adab pemakanannya dengan mengadap kiblat, membaca bismillah dan selawat tiga kali disertai dengan doa penerang hati.


Susu segar




Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekal tenaga, mental dan fizikal


Telur




bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya


Halia




Iannya sangat bermujarabuntuk menghindarkan masalah lupa. ianya boleh dimakan mentah atau dibuat halwa


Buah Delima




Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W:"Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya sesungguhnya ALLAH menerangkan hatinya selam 40 hari.

Monday, April 18, 2011

10 BANGUNAN PALING MENAKJUBKAN DI DUNIA

Arkitek Cecil Balmond mengkategorikan sepuluh bangunan menjadi bangunan pembinaan paling menakjubkan sepanjang masa.

1. Jambatan Millau
Jambatan Millau ini dikenali sebagai “Jambatan Tertinggi di Dunia”. Dengan ketinggian tiang konkrit hingga 800 kaki, jembatan ini seolah - olah dibangunkan di atas awan dan melintasi lembah sungai Tarn, Perancis selatan. Menurut Balmond, jambatan yang lebih tinggi dari Menara Eiffel ini memiliki reka bentuk yang berani dan memerlukan teknik pengiraan tersendiri kerana berisiko tinggi.



2. Kubah Brunelleschi
Brunelleschi’s Dome di Itali ini dibangun pada abad 15, secara tepatnya antara 1420-1436 Masihi. Kubah katedral Florence ini memiliki ketinggian lebih dari 140 kaki dengan pembinaan tanpa kerangka yang menyokongnya. Arkiteknya Filippo Brunelleschi telah menemui cara yang baru mengenai pembahagian beban sekitar kubah sehingga tidak akan retak.



3. Hagia Sophia
Hagia Sophia di Istanbul, Turki adalah tempat ibadah terbesar selama seribu tahun. Pembangunan kubah pada Hagia Sophia ini merupakan penemuan konsep permindahan beban secara tidak langsung.



4. Delta Belanda
Banjir yang mengorbankan 1.800 orang di Belanda pada 1953 nampaknya memberi pegajaran berharga bagi negera kincir angin itu. Pemerintah negara tersebut telah memutuskan untuk menyekat bahagian muara tertentu yang mengarah ke Antwerp dan Rotterdam.



5. Piramida Khufu
Selama hampir 4.000 tahun, Piramid Khufu adalah bangunan tertinggi di dunia sehinggala Cathedral Lincoln dibangunkan pada sekitar tahun 1300 Masehi.



6. Bazalgette
Bazalgette di London dibangun oleh Sir Joseph Bazalgette pada 1850. Sebagai ketua engineer dari Dewan Metropolitan London, dia membangunkan saluran pembuangan air utama sepanjang 83 batu, 1.100 batu Saluran longkang dan 13.000 batu untuk saluran pembuangan air yang lebih kecil. Uniknya, semua saluran pembuangan itu dibuat di bawah tanah.



7. Colosseum
Colosseum yang dibangun di Roma memiliki empat lantai diatas tanah dan tiga di bawah tanah. Semuanya membentuk lengkungan yang tertumpu satu sama lain dan mampu menampung hingga 50 ribu pengunjung.



8. Terowongan Channel
Secara asasnya ingin menghubungkan dua negara. Ini merupakan idea yang luar biasa dengan membuat rel dengan sepanjang 67 batu dan dapat dilalui dengan kereta berkepantasan tinggi. Terowong ini menghubungkan selatan London dan Kent – Taman Inggris, Denmark ke Sweden, dan Macao ke Cina.



9. Terusan Panama
Terusan Panama sepanjang 48 batu atau 82 kilometer ini dibangun pada 1904-1914. Kanal yang menghubungkan Atlantik dan Pasifik ini membuat tempoh waktu perjalanan kapal laut lebih cepat kerana tidak perlu memusing di hujung selatan Amerika Selatan.



10. Burj Khalifa
Khalifa Burj adalah sebuah bangunan di Dubai dengan ketinggian 2.700 kaki. Bangunan ini memiliki sebuah teras yang menjadi pusat dan menampong seluruh bahagian gedung. Pembangunan gedung tersebut mengira kesan primer dan kesan sekunder. kesan primer seperti berat atau bahan-bahan dan angin, sementara kesan sekunder meliputi perubahan suhu, kelembaban, dan bawah beban